Setelah hampir 3 tahun aku menuntut ilmu dekat UPSI dalam bidang diploma muzik , macam-macam kisah seram yang berlaku di UPSI antaranya kawasan tadahan air selatan , fakulti muzik dan seni persembahan ( fakulti aku ) dan yang paling popular sekali adalah kawasan bangunan E-Learning kampus lama .
Aku tau korang yang baru masuk ni kurang ke kampus lama dekat Tanjung Malim ni , sejak adanya kampus baru dekat Proton City , kampus lama kurang digunakan . Yang selalu gunakan kampus lama macam biasalah budak muzik , PAKK , dan ada satu dua fakulti lagi yang masih kekal dekat kampus lama ni .
Berhantukah bangunan di UPSI ?
Perghh .. jangan tanya macam tu , pada yang tak kena memang tak akan percaya benda-benda halus sebegini tapi bagi aku dan certain mates aku yang dah melalui perkara ini , boleh dikatakan ianya benar dan tak tipu la .
Sebab aku student music , so aku lebihkan sikit cerita yang ada dekat fakulti aku .
Sebagai pelajar muzik , fakulti tu dah jadi rumah no.2 kami . Siang malam practise kadangkala sehingga larut malam dalam 12.30 am sehingga 1.00 am . Tak lain tak bukan practise dan sebagainya
Ada peristiwa seram yang berlaku dibahagian parking kereta sebelah belakang fakulti muzik bersebelahan dengan fakulti Seni , Area parking tu ada pokok-pokok agak besar yang merimbun sebagai tempat berteduh bagi yang bawa motor .
Nak dijadikan cerita , aku yang baru je habis practise malam dalam jam 11.30pm nak balik tetiba kawan pempuan aku sorang ni menjerit bila lalu dekat pokok tu . Mak Aihh .. berderau darah dibuatnya . Rupa-rupanya dia menjerit sebab ternampak kakak pakai baju putih (pontianak) tengah bertenggek dekat atas pokok tu .
Haih.. seriau dibuatnya , tak pasal-pasal panggil unit penerbit fakulti muzik untuk berikan bantuan . Jika nak diceritakan pasal fakulti muzik macam-macam area yang BENDA tu port . Dalam Panggung Budaya Fakulti muzik dan Seni persembahan , Tak boleh duduk dalam tu waktu maghrib ,dikatakan laluan panggung tu "jalan" untuk mereka (makhluk halus) menuju ke sungai belakang fakulti .
Bukan setakat tu jer , area bilik tradisional ( gamelan terutamanya ) lagi seram dekat pokok besar depan tu . kawasan loker tingkat 2 ( area bilik pensyarah ) , kawasan bilik recital , pergh meremang aku cter ni . kawasan-kawasan ni kalau lalu siang pon rasa lain macam .. sejuk jer dan suram .
Memang la benda-benda tu semua ada , tapi diri sendiri yang kena kuat untuk hadapi benda tu . haha
aku rasa aku nak sambung artikel ni dalam Kisah Seram Upsi 10 Oktober , Aku nak tulis panjang-panjang lenguh pulak jari ni , keep in touch , artikel ni aku akan update sebab malam ni aku nak study esok final exam dah
Jadi kepada yang baca artikel ni , share-share lah dengan kengkawan lain agar semua dapat tahu mengenai kewujudan entiti asing yang berada di sekitar kawasan upsi terutama kampus lama yang terletak di tanjung malim .
Pada yang lemah semangat , tidak digalakkan untuk membaca artikel ini sampai habis , takut terbawa-bawa sampai ke mimpi tapi nanti korang rugi la sebab tak baca sampai habis

Berikut merupakan pengalaman aku sendiri dan petikan-petikan dari cerita-cerita legend yang sempat aku salin dan jadikan bahan bacaan korang semua .
Wanita Berbaju Putih Muncul Di dalam Panggung Budaya , Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Kisah ini aku kongsikan secara terbuka dengan korang semua kerana benda ni berlaku pada tahun 2013 dan aku berada di tempat kejadian . 10 oktober 2013 , Batch Pertama diploma muzik tengah buat reheasel untuk final project dalam panggung ( Fippro2013) , kejadian berlaku dalam tempoh masa 9.30 - 11.30 malam .
Yang mana reheasel sedang dijalankan , lampu gelap dan sebagainya , semua berada di tempat masing-masing dekat atas pentas . Malam itu semua yang terlibat memakai pakaian hitam termasuk krew ( aku jadi krew time ni ) , tiba-tiba , kami nampak ade kelibat perempuan berambut panjang memakai t - shirt putih lalu dekat kawasan tempat duduk penonton sekali lalu , Kehadirannya disertakan dengan bau wangi yang datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu jer .. huh .. siapa yang tak seram wei ,
Yang penting , time reheasel tu , semua benda tak menjadi , spoil sana - sini .. huh dugaan2 ...
sekelip mata jer hilang dan jadi persoalan pada kami siapa perempuan tu sebab tengok dari gaya , kami tak kenal siapa dia dan dari mana dia datang , Kalau korang nak tau , orang kata , Area panggung budaya tu laluan bunian menuju ke kampung mereka yang ada dekat sungai belakang fakulti muzik tu .
Cik Bedah Berkeliaran di Tadahan Utara Upsi
Untuk kes yang ni aku tak dapat cari lagi , so korang ley la google mana-mana port untuk pastikan kesahihan berita ni , yang penting kawasan ni pernah dijadikan lokasi shooting drama yang meletop awal tahun 2014 ni .
Kes Bunuh Diri Wanita Mengandung
1. ''Kes perempuan bunuh diri tu yek... nanti ada satu tarikh setiap tahun ada nmpk jelmaan perempuan nk bunuh diri kt bngunan lama tu... pompuan bunuh diri sebab ditinggalkan bf dalam keadaan dia ngandung tu ke? pernah dengar cerita daripada kawan serumah masa lawat UPSI dulu. masa tu stay 3 hari kat Kolej Za'aba. dah lupa kisah sebenar macam mana. yang pasti salah satu tempat jelmaan pompuan tu selalu datang mengilai kat belakang rumah diorang... yang ku tau tarikh hantu tu kuar kat upsi setiap 10 Oktober
aku ada dengar orang cakap la.... kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla.
Mati Terjun Bangunan
kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)

Credit:Sumber